Paten di Amerika Syarikat Paten

Paten di Amerika Syarikat memberikan hak secara eklusif untuk membuat, menggunakan atau menjual barang yang diberikan paten di Amerika Syarikat dan wilayah takluknya. Sebarang perlanggaran paten ialah kesalahan melanggar paten dan boleh menyebabkan saman dan ganti rugi dituntut oleh pemegang paten.

Syarat yang perlu dipenuhi sebelum pemberian sesuatu paten ialah kewujudan satu rekaan yang boleh diberi paten. Untuk menjadikan ia boleh diberikan paten, rekaan tersebut mesti berkait dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti sumbangan, proses, mesin, pembuatan, komposisi bahan, jentera ataupun reka bentuk. Di Amerika Syarikat terdapat kelas-kelas berlainan untuk kategori-kategori yang berlainan.

Paten pertama direkodkan untuk satu proses perindustrian diberikan kepada seorang arkitek dan jurutera bernama Filippo Brunelleschi dalam tahun 1421 di Florence, Itali. Tempoh sesuatu paten biasanya antara 16 hingga 20 tahun, walaupun di Perancis, umpamanya, paten diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih pendek. Di negara komunis seperti bekas Soviet Union, paten tidak diperakui dan sebaliknya sijil diberikan kepada pencipta untuk memastikan mereka mendapat satu bentuk ganjaran untuk rekaan ataupun ciptaan mereka. Persetujuan Pertubuhan Perdagangan Sedunia WTO dalam tahun 1990-an menetapkan bahawa paten perlu diberikan tempoh sah laku minimum 20 tahun. Paten dikira sebagai hak milik peribadi dan boleh dijual beli dan dipindah milik.